Connect with us

Oh! Media

Orang Minyak Pecah Masuk Rumah Diburu Polis

Befunky collage 2

Trending

Orang Minyak Pecah Masuk Rumah Diburu Polis

Korang mesti pernah tengok cerita ‘Orang Minyak’ kan? Sebuah kisah lagenda yang menjadi bualan satu ketika dahulu.

BACA: Bantu ‘Clear’ Jalan Untuk Ambulans, Rider Grab Dipuji Berani Macam Polis Trafik

‘Orang minyak’ berkeliaran

Semalam, gempar apabila seorang lelaki yang tidak berpakaian seperti jelmaan ‘orang minyak’ berkeliaran sekitar Shah Alam.

IKLAN

Sinar Harian melaporkan bahawa lelaki yang berbogel tersebut bertindak melakukan jenayah pecah masuk rumah di sekitar Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang wanita sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.

Mangsa dikatakan terus menjerit selepas menyedari akan kehadiran lelaki itu.

Suami mangsa yang tersedar bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada isterinya, namun mendapati suspek sudah tiada. Mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan dilarikan suspek

Ketika ini usaha untuk memburu suspek sedang giat dijalankan pihak polis.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafarulrazi di talian 010-8889910 atau 03-55202222

Situasi sama dialami pengguna Twitter

Menerusi ciapan di Twitter, seorang lelaki berkongsi bahawa dia merasakan dia dan keluarga mengalami situasi yang sama sebelum ini.

Screenshot 2022 04 09 at 141148

Haihh macam-macam cara digunakan untuk mencuri. Diharapkan semua pembaca sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Sinar Harian | Twitter Muhammadsyakirx

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas