Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ambil Kesempatan Pegang Payudara Pelajar Perempuan Baru Pulang Dari Sekolah Berjaya Dicekup

Budak Cabul

Trending

Lelaki Ambil Kesempatan Pegang Payudara Pelajar Perempuan Baru Pulang Dari Sekolah Berjaya Dicekup

Semalam terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki mencabul seorang gadis bawah umur di Jalan Tengku Bendahara. Kurang ajar betul!

Menurut laporan Sinar Harian, ianya berlaku pada jam 1.10 tengah hari ketika gadis berkenaan pulang dari sekolah menuju ke kereta ibunya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrin Mohd Nor.

Lelaki terbabit secara tiba-tiba memberhentikan motosikal dan bertanyakan sesuatu yang tidak difahami gadis berkenaan. Suspek kemudiannya bertindak memegang payudara gadis berkenaan sebelum cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

Mangsa terkejut dan terus berlari ke kereta ibunya sebelum membuat laporan polis. Suspek yang berusia 19 tahun itu kemudiannya berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam di Jalan Yap Tau Sah.

IKLAN

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hukuman sebat .Suspek juga dikatakan mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis Berita
Megat merupakan penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas