Connect with us

Oh! Media

Lee Zii Jia Mencari Cinta. Beli OPPO Reno8 T 5G & Berpeluang Date Dengan ‘Oppa’ Badminton Korang!

OPPO Reno8 T 5G

Branded

Lee Zii Jia Mencari Cinta. Beli OPPO Reno8 T 5G & Berpeluang Date Dengan ‘Oppa’ Badminton Korang!

Masih single dan ready to mingle? Atau korang minat teruk tengok aksi Lee Zii Jia bermain badminton di gelanggang?

Haa.. Jangan lepaskan peluang korang untuk jumpa ‘face to face’ dengan Lee Zii Jia dan beramah mesra dengan pemain badminton yang terhangat di pasaran sekarang ni.

Lee Zii Jia Love Hour

Kami yakin ramai Badminton Lovers yang nak sangat jumpa Lee Zii Jia secara dekat kan? Haa.. Inilah peluang yang korang tak boleh lepaskan!

Kalau korang nak tau selaku Chief Motivation Officer (CMO) OPPO, Lee Zii Jia akan ‘bertukar’ karier kepada pengurus di My OPPO Space pada hari pertama jualan Reno8 T 5G.

Pemain badminton ini akan memberi perkhidmatan untuk menukar atau memasang screen protector telefon pintar untuk pengguna yang terpilih.

Bukan itu je, akan ada juga sesi meet and greet, Lee Zii Jia Love Hour di mana pengguna berpeluang untuk berinteraksi dan berikan kata-kata semangat untuk player kesayangan korang ni!

Acara: Lee Zii Jia Love Hour

Waktu: 2.00 PM (ketibaan Lee Zii Jia)

Pelancaran Jualan Produk: Bermula 10.00 AM

Tempat: My OPPO Space, Pavilion Kuala Lumpur, Level 4 (Orange Zone)

Macam mana nak menang?

Mudah je tau, ada 2 cara untuk korang join, secara online dan offline. Ikut langkah kat bawah ni:

Secara online:

Langkah 1: Pergi ke mana-mana Kedai Jenama OPPO atau kedai rasmi OPPO dalam talian, lakukan pra pesanan untuk OPPO Reno8 T 5G terbaru

Langkah 2 : Klik [SINI] untuk mendaftar untuk menyertai acara Lee Zii Jia Love Hour

Hanya 5 pelanggan akan dipilih sebagai pemenang!

Secara offline:

Langkah 1 :Pergi ke mana-mana Kedai Jenama OPPO dan rakamkan gambar korang bersama cut out standee Lee Zii Jia

Langkah 2 : Muat naik gambar korang ke akaun media sosial (Facebook atau Instagram) & beritahu sebab kenapa korang nak sangat jumpa Lee Zii Jia. Sertakan juga tag #OPPOReno8T5G dan #ThePortraitExpert 

*Pastikan akaun dan siaran media sosial ditetapkan kepada umum!

5 penyertaan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk peraturan serta terma dan syarat, klik [SINI]

Eah tunggu dulu, ada lagi yang best dengan OPPO Reno8 T 5G dan Lee Zii Jia. Bagi 150 orang pelanggan pertama yang membeli Reno8 T 5G ni, korang akan dapat kotak hadiah eksklusif Lee Zii Jia tau.

Dalam kotak tu akan akan casing dengan signed Lee Zii Jia, poskad dan mini standee Lee Zii Jia. Comelnya!!! Kotak ni terhad ya, jadi siapa yang nak, cepat pratempah sekarang! 

OPPO Reno8 T 5G- telefon pintar dengan kamera utama 108MP. Wow!

Kamera telefon cantik mesti harga ‘keras’ kan? Haa.. Tidak dengan OPPO Reno!

Kalau korang nak tau, OPPO baru je memperkenalkan satu lagi model dalam siri Reno iaitu model Reno8 T 5G.

Menarik mengenai Reno8 T 5G ni, ia boleh dikatakan sebagai telefon yang sangat menguntungkan dan dijual pada harga RM1,799 dengan kamera utama 108MP. Ini bukan biasa-biasa!

Ada 2 warna pilihan menarik yang ditawarkan iaitu Sunrise Gold dan Midnight Black.

3 Sebab Untuk Memiliki OPPO Reno8 T 5G

1. Reka bentuk lengkung mikro berganda

OPPO Reno8 T 5G terbaru tampil dengan gaya skrin dwi lengkung mikro AMOLED 6.7 inci dengan penutup belakang 3D.

Kelebihan utama paparan jenis ini ialah ia memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan. Bahagian tepi mikro melengkung pada skrin, mencipta transisi yang lancar antara paparan dan bezel sekeliling, membolehkan pengguna menumpukan sepenuhnya pada kandungan yang sedang dilihat tanpa sebarang gangguan.

2.Paparan Melengkung 3D 120Hz

Tambahan lagi, ini merupakan kali pertama OPPO menggunakan skrin dwi lengkung mikro yang berkualiti tinggi dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin melengkung 3D-nya pula mempunyai “lengkung mikro” khas dengan ketepatan sehingga 56 darjah.

3. Kamera Potret 108MP

Bab kamera tak boleh main-main, buat kali pertamajuga OPPO memperkenalkan kamera potret 108MP pada model Reno8 T 5G dalam julat harga yang sangat berpatutan.

Ia dilengkapi dengan lensa mikro 40x dan kamera kedalaman (depth kamera) 2MP, serta kamera swafoto 32MP yang pastinya meningkatkan pengalaman fotografi korang!

Dengan menggunakan teknologi pengisian NonaPixel Plus dan algoritma resolusi super potret AI OPPO, kamera potret 108MP boleh merakam imej dengan resolusi tinggi ultra-jelas dalam apa jua keadaan.

Satu lagi pengalaman baru untuk korang yang sukakan fotografi ialah, kamera yang boleh di zoom sehingga 40 kali ganda.

Tambahan pula dengan kanta mikro yang memberikan perincian gambar yang lebih jelas, inilah masanya untuk korang meneroka dunia mikroskopik bersama Reno8 T 5G.

Beli OPPO Reno8 T 5G sekarang & nikmati hadiah sehingga RM377!

Macam mana? Tergoda tak nak upgrade phone korang kepada OPPO Reno8 T 5G?

Kalau korang buat tempahan sekarang, korang boleh dapat hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM377 seperti Enco Buds 2 (bernilai RM129), waranti lanjutan 1 tahun (bernilai RM109) dan insurans skrin rosak 1 tahun (bernilai RM139).

Tempoh sah untuk korang dapatkan hadiah ini bermula 11 Februari sehingga 12 Mac 2023. 

Tunggu apa lagi? Dapatkan OPPO Reno8 T 5G di Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO dan pengedar sah untuk nikmati semua hadiah ini!

Klik SINI untuk buat tempahan.

Selain itu, kalau korang beli awal di mana-mana My OPPO Space pada hari jualan pertama iaitu 11 Februari 2023, bermula jam 10 pagi, korang  akan dapat FREE GIFT istimewa: 

– Untuk 15 pelanggan pertama, korang boleh naik taraf Enco Buds2 kepada Enco Air3 baru secara percuma (bernilai RM249)

– Bagi 15 pelanggan seterusnya korang hanya perlu tambah RM90 untuk menaik taraf Enco Buds2 kepada Enco Air3 baharu!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO Malaysia atau ikuti Facebook, Instagram atau YouTube.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas