Connect with us

Oh! Media

Lebih 40 Pelajar Baru Daftar Nak Belajar Silat Lepas Tengok Mat Kilau

Trending

Lebih 40 Pelajar Baru Daftar Nak Belajar Silat Lepas Tengok Mat Kilau

Filem epik Melayu arahan Syamsul Yusof mendapat sambutan menggalakkan sejak hari pertama ditayangkan. Selepas seminggu, kutipan bagi filem Mat Kilau ini mencecah sehingga RM23 juta. Ini menunjukkan petanda yang baik bagi industri filem negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Kutipan Filem RM12 Juta Tapi Masih Belum Balik Modal, Mawi Jelaskan Sebabnya

Bukan itu sahaja, seni bela diri silat turut mendapat perhatian apabila ramai ibu bapa memilih untuk mendaftarkan anak mereka belajar silat.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli, filem Mat Kilau telah memberi impak positif apabila lebih 40 pelajar baharu mendaftarkan diri sejak tiga hari lalu.

Katanya, kebiasaannya hanya empat atau lima pelajar berdaftar dalam tempoh setahun kerana ada yang menganggap silat hanyalah seni bela diri kampung.

Gurulatih muda khalifah ini berkata filem Mat Kilau berjaya mengubah persepsi masyarakat. Pengaruh silat seperti semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab Melayu dan junjungan agama Islam yang dipamerkan dalam filem berjaya membuka mata orang ramai.

Beliau yakin lebih ramai lagi yang mendaftar susulan program pengambilan ahli baharu bermula hari ini dan esok.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas