Connect with us

Oh! Media

Kutipan Filem RM12 Juta Tapi Masih Belum Balik Modal, Mawi Jelaskan Sebabnya

Trending

Kutipan Filem RM12 Juta Tapi Masih Belum Balik Modal, Mawi Jelaskan Sebabnya

Dalam masa empat hari tayangan, filem epik Melayu Mat Kilau arahan Syamsul Yusof telah meraih kutipan sebanyak RM12,200,000. Sambutan hangat daripada seluruh Malaysia ini membuktikan filem tempatan mampu mendapat tempat di hati penonton.

ADVERTISEMENT

BACA: “Penerbit Berhak Saman” – Budak TikTok Rakam Babak Mat Kilau, Syamsul Yusof Beri Amaran

Sebagai seorang yang pernah menerbitkan filem, Mawi menjelaskan kutipan RM12juta tersebut sebenarnya masih belum balik modal.

Menerusi satu rakaman yang dimuat naik di TikTok, Mawi berkata ini adalah masa yang sesuai untuk beliau menjelaskan kepada orang ramai yang mungkin tidak tahu mengenai penerbitan filem.

@cahayaasmawi

FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia

♬ original sound – cahayaasmawi – cahayaasmawi

Menurut Mawi, mungkin ada dalam kalangan netizen menganggap penerbit sudah dapat untung berikutan kos untuk membikin filem adalah RM8juta.

Namun sebenarnya mereka perlu membayar duti hiburan sebanyak 25%. Penerbit juga perlu membayar 50% daripada hasil kutipan kepada pawagam sebagaimana yang telah dipersetujui.

Hasil kiraan secara asas, penerbit sebenarnya masih belum balik modal. Oleh itu, Mawi menyeru orang ramai meneruskan sokongan terhadap filem ini.

Okay kita kira kalau RM20juta kutipan. RM20juta dalam minggu pertama, tolak 25% cukai hiburan sebanyak RM5juta. Kita ada baki RM15juta. RM15juta bahagi dua, panggung dan penerbit dapat RM7.5juta. Masih belum balik modal. Modal RM8juta.

Katanya lagi, apa yang dikongsinya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak berhenti menyokong filem tempatan.

Dia berharap kutipan filem ini dapat mencecah ratusan juta ringgit kerana ianya tidak mustahil. Ini merupakan petanda yang baik untuk industri perfileman Malaysia.

Kredit: TikTok cahayaasmawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas