Connect with us

Oh! Media

“Larangan Merokok Di Tempat Awam Akan Dikuatkuasakan” – KJ

Kj Swabtest

Trending

“Larangan Merokok Di Tempat Awam Akan Dikuatkuasakan” – KJ

Kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin untuk ‘dine-in’ di kedai makan mendapat sambutan yang menggalakkan. Disebabkan itu juga, masalah merokok di kedai makan juga turut meningkat. Kalau dah perokok tegar melepak, mesti berbatang-batang rokok punya dia hisap.

BACA : Imam Perokok, Sah Ke Solat Di Belakang Dia? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Menurut laporan Berita Harian, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

IKLAN

Masalah merokok di tempat makan awam berkurangan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik, yang melarang aktiviti makan di tempat makan awam.

Berikutan itu, penguatkuatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dijalankan secara serentak dengan larangan merokok mengikut Peraturan 11(1) PPKHT 2004 di seluruh negara.

Hal ini juga perlu dikuatkuasakan bagi memastikan negara bersedia beralih ke fasa endemik. Jadi selepas ini, KKM mungkin akan meluaskan lagi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas