
Trending
Lama Menyepi, Ramai Teruja Lihat Cico Harahap Muncul Semula
Cico Harahap kembali muncul di TikTok selepas lama menyepi akibat masalah jantung.
Lama menyepi dari dunia seni kerana masalah kesihatan, kini pelakon kacak era 90-an, Cico Harahap muncul semula dan meraih perhatian ramai di media sosial!
Kelibatnya bersiaran langsung sambil bersenam di TikTok nyata mengejutkan peminat, lebih-lebih lagi apabila pelakon berusia 47 tahun itu kelihatan sihat dan bersemangat.
Anak Cico pun makin popular!

Apa yang lebih mencuri tumpuan, video mesra Cico bersama anak perempuannya, Rindu Nur Fitrah, turut tular di TikTok dan membuatkan ramai netizen tersentuh melihat hubungan mereka yang erat.
Alhamdulillah, sekarang sentiasa ceria, dah sihat.
Ramai yang berharap Cico akan kembali ke dunia lakonan, memandangkan wajahnya yang masih awet muda dan tubuh yang kekal sasa.
Pernah masuk hospital kerana masalah jantung
Untuk rekod, pada tahun lalu sahabatnya Salimey memaklumkan bahawa Cico pernah dimasukkan ke Hospital Ampang akibat masalah jantung hingga menyebabkan kakinya membengkak. Keadaannya ketika itu membimbangkan ramai pihak.
Namun kini, penampilan terbarunya memberi sinar baru buat peminat yang setia menanti kemunculannya semula di kaca TV.
Pssttt! Kesihatan adalah kekayaan sebenar. Jangan pernah putus harap walau diuji sakit, kerana semangat dan sokongan orang tersayang mampu ubah segalanya.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
