Trending
Lama Mendiamkan Diri, Vivy Yusof Akhirnya Bersuara, Harap Nama Dapat Dibersihkan
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas tuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.
Pasangan ini bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Januari depan.
Vivy Yusof akhirnya bersuara
Terbaru, Vivy dan suaminya tampil dengan satu kenyataan di Instagram. Vivy berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan.

Jelas Vivy, dia diberitahu mengenai dakwaan yang dikenakan terhadap mereka pada Khamis. Ianya hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung selama sebulan yang membawa kepada tuduhan melibatkan transaksi pada tahun 2018.
Setakat ini, Vivy tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai kes yang sedang berjalan namun berjanji akan memberi kerjasama penuh.
Percaya penuh kepada sistem kehakiman negara

Vivy mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara yang diharap dapat memberikan keadilan dan membersihkan namanya.
Usahawan dan pempengaruh ini berharap dapat kembali ke kehidupan normal demi keluarga tersayang.
Terdahulu, SPRM memulakan siasatan terhadap pengasas FashionValet selepas MOF mengesahkan Khazanah dan PNB sekadar memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Khazah dan PNB pada 2018 telah membuat pelaburan sebanyak RM47 juta masing-masing RM27 juta dan RM20 juta.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Vivy Yusof
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM