Trending
”Saya Tak Faham Lagu Abah” – Qadejah Rasa Lagu Rayanya Lebih Sedap Dari Aliff Syukri
Anak kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, iaitu Qadejah Aliff Syukri menganggap persaingan lagu raya dengan bapanya sebagai sesuatu yang sihat dan menyeronokkan.
Qadejah dan Aliff Syukur masing-masing ada lagu raya

Menerusi laporan Kosmo, Qadejah berkongsi bahawa dia tercabar dengan lagu bapanya, Raya Ya Ya yang turut dilancarkan pada hari sama.
Rasa-rasanya lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah.
Iman Troye penguat lagu Aliff Syukri

Bagi Qadejah, kehadiran penyanyi popular Iman Troye dalam lagu bapanya banyak membantu menaikkan kualiti lagu tersebut.
Iman membantu terlalu banyak untuk lagu raya mereka. Tanpa Iman, lagu itu biasa sahaja. Kehadiran Iman dapat selamatkan suara abah.
Namun, anak kepada Aliff Syukri itu tetap terbuka dengan kritikan netizen dan menganggap ia sebagai peluang untuk memperbaiki diri.
Setiap kritikan yang diberikan, akan saya gunakan untuk perbaiki kelemahan diri.
#ApaKataOhmedia
Persaingan yang sihat dalam dunia seni memang perlu untuk meningkatkan kualiti karya. Yang penting, jangan mudah putus asa dan terus hasilkan yang terbaik!
