Connect with us

Oh! Media

Lagu ‘Bukit Mak’ Didakwa Permainkan Agama, PU Syed Tegur Namewee Dan Harith Iskander

Ohmedia img 0423

Trending

Lagu ‘Bukit Mak’ Didakwa Permainkan Agama, PU Syed Tegur Namewee Dan Harith Iskander

Ada pula lagu terbaru nyanyian pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee dan pelawak, Harith Iskander bertajuk ‘Bukit Mak’ dan ianya telah mengundang perhatian pendakwah bebas, PU Syed.

Menerusi Instagram, lagu itu telah menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini dan pendakwah bebas itu berkata ianya agak keterlaluan.

Lagu-lagu seperti ini dan karya-karya Namewee ini sebenarnya mencemarkan negara. Boleh Google sendiri, dia buat kontroversi terhadap agama, bangsa dan negara.

Bukan tu jer, Harith Iskander juga ditegur PU Syed untuk tidak menggunakan agama sebagai bahan jenaka.

IKLAN

Buat Harith Iskander, sebagai pelakon banyak benda yang kamu boleh pertonjolkan kepada khalayak tetapi tidaklah mencemarkan agama atau mempermainkan agama sebagai untuk konten.

Jadi, peringatan saya untuk Namewee dan Harith, jangan memainkan sentimen dalam hidup kita di Malaysia ini.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kedua-dua penyanyi itu dan bersetuju dengan pendapat pendakwah berkenaan.

Rujukan kami: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas