Connect with us

Oh! Media

Lagi Larangan Untuk Rakyat Korea Utara! Tidak Dibenarkan Pakai Jaket Kulit Seperti Kim Jong-un?

kim jong un

Trending

Lagi Larangan Untuk Rakyat Korea Utara! Tidak Dibenarkan Pakai Jaket Kulit Seperti Kim Jong-un?

Banyak juga larangan dan sekatan yang kita dengar dilakukan kerajaan Korea Utara ke atas rakyatnya sendiri. Macam baru-baru ni kita dengar ada rakyat mereka ditangkap dan dikenakan hukuman bunuh hanya kerana membawa masuk salinan siri Squid Game. Tak masuk akal betul!

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Kantoi Seludup Masuk Squid Game, Ini Hukuman Yang Dikenakan Korea Utara

Kali ini, satu lagi larangan yang lagi tak masuk akan dilakukan mereka. Memetik laporan Utusan Malaysia, rakyat Korea Utara tidak dibenarkan sama sekali memakai jaket kulit yang sama seperti dipakai pemimpin mereka, Kim Jong-un.

Jaket kulit khas untuk Kim Jong-un sahaja!

Perkara ini diumumkan oleh pihak berkuasa Korea Utara yang melihat rakyat biasa tidak sepatutnya meniru cita rasa fesyen pemimpin mereka. Tidak kiralah rakyat membeli dengan duit sendiri, mereka tetap dilarang.

Pemakaian jaket kulit ini dilihat semakin popular sejak Jong-un dan adik perempuannya, Kim Yo-jong sering menggayakannya. Jong-un mula menarik perhatian rakyatnya pada tahun 2019 semasa tampil dalam satu program televisyen.

Adik perempuannya pula selalu menggayakan jaket kulit ketika keluar sehingga membuatkan golongan wanita Korea Utara ingin meniru kerana menganggap ia sebagai simbol kekuatan.

Peniaga mula hasilkan jaket kulit sama seperti pemimpin

Peniaga seperti biasa mengambil peluang ini untuk menjual jaket kulit terbabit. Jaket kulit asli dijual pada harga 170,000 won (RM801) dan untuk jaket kulit tiruan dijual pada harga 80,000 won (RM377).

Disebabkan sambutan penjualan jaket kulit mendapatkan sambutan yang menggalakkan, ini sememangnya membimbangkan pihak berkuasa mereka. Disebabkan itu, mereka memutuskan untuk melarang rakyat meniru gaya pemimpin mereka.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas