Connect with us

Oh! Media

Pelajar Kantoi Seludup Masuk Squid Game, Ini Hukuman Yang Dikenakan Korea Utara

Trending

Pelajar Kantoi Seludup Masuk Squid Game, Ini Hukuman Yang Dikenakan Korea Utara

Seperti yang diketahui ramai, Korea Utara mempunyai sistem pentadbiran yang sangat ketat. Rakyatnya mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi, jika didapati melanggar arahan mereka boleh berdepan hukuman tegas.

ADVERTISEMENT

BACA: 10 Perkara Yang Dilarang Dilakukan Di Korea Utara

Menerusi laporan Mirror UK, skuad penembak Korea Utara menghukum mati seorang pelajar yang ditangkap menyeludup salinan drama Netflix iaitu Squid Game.

Pelajar tersebut dipercayai menyeludup masuk salinan drama itu menerusi pemacu USB dari negara China.

Perbuatan itu dihidu pihak berkuasa selepas mereka mendapat maklumat bahawa pelajar itu menjual salinan kepada beberapa orang pelajar yang lain.

Pelajar yang membeli salinan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Manakala enam yang menonton diarahkan untuk menjalani hukuman kerja buruh selama lima tahun.

Guru-guru dan pentadbir sekolah turut menerima hukuman apabila mereka dipecat. Mereka berisiko untuk dihantar bekerja di lombong arang batu atau dibuang ke kawasan luar bandar negara itu.

Tangkapan yang berlaku di wilayah Hamgyong itu menjadikan kali pertama Korea Utara menggunakan undang-undang  ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ terhadap golongan bawah umur.

Berdasarkan undang-undang itu, individu yang didapati menonton, menyimpan atau mengedarkan bahan media dari negara-negara kapitalis terutamanya Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan dihukum bunuh.

Kredit: Mirror UK

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas