Connect with us

Oh! Media

KUFC Rehatkan Pemain Didakwa Terlibat Kes Rogol

Trending

KUFC Rehatkan Pemain Didakwa Terlibat Kes Rogol

Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengan satu berita seorang pemain bolasepak didakwa terlibat dengan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemain Bola Sepak Kena Tangkap Disyaki Rogol Remaja Bukan Dari Kelantan FC

Pemain direhatkan KUFC

Sumber dari Bernama melaporkan seorang pemain yang didakwa terlibat dengan kes rogol remaja bawah umur itu direhatkan kelab bola sepak, Kelantan United Football Club (KUFC).

Menurut Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, pemain itu direhatkan dan tidak dibenarkan untuk menyertai sesi latihan pasukan dan mana-mana perlawanan Liga Premier buat sementara waktu sehingga akan dimaklumkan kelak.

Beliau memaklumkan bahawa langkah itu diambil selepas dakwaan pelakuan tidak bermoral yang dikaitkan dengan pemain berkenaan mula tular di media sosial.

Pihak KUFC memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan penuh berkenaan kes yang didakwa terhadap pemain tersebut.

KUFC sentiasa mendukung undang-undang negara dan berpendirian tidak bertolak ansur dengan sebarang pelakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam kelab.

Tambah Wan Mohd Zul Ikman lagi, KUFC tetap berpegang pada prinsip ‘seorang itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, namun sekiranya didapati bersalah, satu tindakan akan diambil mengikut undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.

Sebelum ini, media melaporkan pemain berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, pemain itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan remannya tamat pada 3 Jun lepas dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas