Connect with us

Oh! Media

Trending

“Kuala Lumpur Terlalu Amerika”- Mat Salleh Bagi Pandangan KL Kurang Melambangkan Malaysia Sebenar

Baru-baru ini, tular di aplikasi X seorang pelancong asing telah berkongsi pandangannya tentang Malaysia.

Dalam hantaran tersebut dia berkata, Kuala Lumpur seakan-akan bandar di Amerika Syarikat. Pemilik akaun @twomaadexplorers itu juga ada membandingkan seluruh bandar di negara yang pernah ia kunjungi sebelum ini seperti Chiang Mai (Thailand), Ho Chi Minh (Vietnam), Merida (Mexico), Tokyo (Jepun) dan Yogyakarta (Indonesia).

IKLAN

Menurutnya, Kuala Lumpur bukanlah gambaran sepenuhnya tentang Malaysia walaupun bandar itu sering menjadi simbol Malaysia.

Saya suka Malaysia, tapi bukan di KL. KL bukanlah keseluruhan Malaysia. Ada banyak lagi tempat menarik di negara ini yang lebih mencerminkan budaya dan keunikan Malaysia. Saya bersyukur ramai yang memahami pandangan peribadi saya.

Tempat yang betul-betul melambangkan Malaysia contohnya seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah dan Penang.

Pandangan pelancong asing tersebut telah menarik perhatian warga maya sehingga seorang pengguna Facebook, Akmal Hizzat Azizan, telah membuat satu hantaran dan bersetuju dengan pandangan tersebut.

Terbaca dekat Threads, mat saleh ni cakap dia tak suka KL dan penerangannya sangat masuk akal. Tepat dan padat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan perkara tersebut. Mereka berharap pelancong tidak hanya tertumpu kepada Kuala Lumpur dan mestilah meneroka ke pelbagai negeri.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X | Facebook


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas