Trending
KP Perak Sahkan Suspek Dari Balai Polis Slim River, 5 Tahun Dalam PDRM
Suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini disahkan merupakan seorang anggota polis.
BACA: “Kepulangan Yang Kami Nantikan Tapi..” – Rakan Baik Kongsi Video Lambaian Terakhir Nur Farah Kartini
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menerusi laporan Harian Metro berkata, suspek adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

Suspek yang berusia 26 tahun berpangkat Lans Koperal dan sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).
Jelas beliau, pada awalnya kes kehilangan mangsa disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang.
Selepas mayat dijumpai, kes kini diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Harian Metro