Trending
Kontroversi ‘Ham’: JAKIM Atur Pertemuan Dengan Harith Iskander
Pelawak dan pelakon terkenal, Harith Iskander kini menjadi perhatian gara-gara hantaran Facebook yang didakwa menghina agama Islam.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah mengatur beberapa tarikh untuk bertemu Harith bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.
Menteri Agama sahkan sudah atur pertemuan dengan Harith

Namun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, pertemuan ini masih bergantung kepada kesesuaian jadual Harith.
Jelas menteri lagi, pendekatan menasihati secara berhikmah akan dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa akan datang.
JAKIM bekerjasama dengan MCMC

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan JAKIM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat akaun dan menurunkan kandungan sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian agama.
#OhmediaNasihat
Sebagai individu, lebih-lebih lagi selebriti penting untuk berhati-hati dengan apa yang dimuat naik di media sosial. Hormatilah sensitiviti agama kerana itu kunci kepada keharmonian bersama.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM