Connect with us

Oh! Media

Konsert Di Terengganu Diberhentikan, 1,500 Peserta Diarah Pulang

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 01t115646783

Trending

Konsert Di Terengganu Diberhentikan, 1,500 Peserta Diarah Pulang

Baru-baru ini, konsert yang diadakan di sebuah kafe di Kemaman, Terengganu diarah untuk diberhentikan selepas didapati aktiviti itu tiada permit dan kelulusan.

Menerusi laporan Sinar Harian, kira-kira, 1,500 peserta konsert bertemakan ‘Malam Perayaan Patah Hati’ diminta untuk bersurai ketika serbuan dilakukan sekitar jam 11 malam pada hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pemantauan awal bagi program tersebut telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di mana notis larangan berkumpul beramai-ramai telah ditampal di kawasan tersebut pada jam 5 petang hari yang sama.

IKLAN

Pihak berkuasa MPK telah melarang peserta daripada berkumpul kerana program itu tidak mendapat kelulusan.

Bagaimanapun, ia tetap diteruskan malah pihak polis turut menerima aduan daripada orang awam sekitar jam 9.20 malam mengatakan terdapat bunyi muzik yang kuat serta gangguan lalu lintas di kawasan itu.


Beberapa anggota penguat kuasa melibatkan Pegawai Penguatkuasa MPK serta pihak polis terpaksa meyerbu dan mengarahkan peserta program itu supaya bersurai.


Kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Selain itu siasatan juga akan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002


Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis berhubung aktiviti tersebut.


Selain itu, siasatan juga akan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 atas kesalahan tiada lesen hiburan.


Hanyan juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan program tersebut dapat memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 01t115646783

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas