Connect with us

Oh! Media

Kluster Setapak Dikenal Pasti, Ada Sejarah Perjalanan Ke Sabah

Noor hisham abdullah 12 compressed finaljpg

Trending

Kluster Setapak Dikenal Pasti, Ada Sejarah Perjalanan Ke Sabah

Nampaknya penyebaran Covid-19 sudah mula kembali ke semenanjung selepas banyak kes berlaku di Sabah. Perkara ini disahkan KMM yang telah mengenal pasti Kluster Buang Sayang dan Kluster Kampung Sakong di Sabah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya menyatakan yang kluster Buang Sayang dikenal pasti di Sipitanh, Sabah dengan pembabitan kes indeks ke-10,265.

Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang, Sabah dari 7 hingga 20 September lalu dan mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September sebelum dimasukkan ke pusat perubatan dan disahkan positif Covid-19, 20 September lalu.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan. Sehingga kini seramai 10 individu sudah disaring, empat daripadanya positif dan enam masih menunggu keputusan. – Katanya.

Kluster Setapak juga dikesan menerusi kes indeks ke-10,689 dan pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah pada 17 hingga 20 September lalu.

IKLAN

Kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 September sebelum dimasukkan ke pusat perubatan pada 25 September sebelum disahkan positif Covid-19. – Katanya lagi.

Pesakit kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan 2 lagi kes dikesan adalah rakan serumah.

Sebelum ini juga Sunway Pyramid turut mengesahkan yang seorang pekerja Nike telah dikesan mempunyai Covid-19 dan segala langkah pencegahan telah diambil.

Ohmedia nak ingatkan korang sentiasa berhati-hati dan hanya keluar rumah bila perlu.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas