Connect with us

Oh! Media

71 Murid Sekolah Seri Puteri Positif Covid-19, Kes Bermula Daripada Seorang Guru

Oh! Tidak

71 Murid Sekolah Seri Puteri Positif Covid-19, Kes Bermula Daripada Seorang Guru

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu hantaran di Facebook rasminya mengesahkan seramai 65 murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya positif Covid-19.

ADVERTISEMENT

Mereka dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang untuk pemantauan.

BACA: “Guru Enggan Vaksin Akan Ditempatkan Di Ruangan Khas” – Menteri Kanan Pendidikan

Beliau bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia hadir ke sekolah malam tadi untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku.

Menurutnya, kes bermula daripada seorang guru yang dijangkiti Covid-19. Saringan kontak rapat mendapati seorang lagi guru serta enam orang murid positif wabak.

Saringan kontak rapat kepada murid-murid ini mendapati ada 121 orang kontak rapat. Kontak rapat ini telah dipotong gelangnya dan dibenarkan pulang.

Tambahnya lagi, dalam usaha PKD mengurangkan jumlah murid di asrama maka pihaknya telah melakukan saringan kontak rapat kepada lebih 200 murid hari ini.

Daripada saringan petang tadi, didapati 65 orang daripada mereka positif.

Esok pihak PKPD akan menjalankan saringan kendiri air liur kepada baki murid untuk melihat sekiranya masih ada yang positif Covid-19.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan akan bekerjasama rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan pihak sekolah untuk memastikan anak-anak ini berada dalam keadaan selamat.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan kini jumlah murid positif Covid-19 adalah 71 orang.

Kredit: Facebook Dr Radzi Jidin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas