Connect with us

Oh! Media

Trending

Followers Naik Mendadak, Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Tumpuan

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil malam tadi benar-benar mengejutkan.

Gol pertama KL City diraih pada minit ke-66 dengan jaringan Zhafri Yahya. Diikuti pula dengan jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

IKLAN

BACA: Safawi Rasid Pemain Termahal Dalam Sejarah Bola Sepak Negara

Selain babak perlawanan yang sengit, ketangkasan penjaga gol KL City Kevin Mendoza yang kerap mematikan percubaan Harimau Selatan turut meraih perhatian.

Malah, dalam masa satu malam sahaja, populariti pemain kacukan Denmark-Filipina ini naik mendadak apabila meraih jumlah followers yang ramai di Instagram.

Sebelum perlawanan berlangsung, jumlah pengikutnya dalam lingkungan 8,000 sahaja. Namun, selepas aksi berbisanya mematahkan percubaan JDT sekaligus menamatkan perlawanan tanpa dibolosi, pemain ini meraih sehingga 40,000 followers baharu!

Rata-rata menganggap pemain berumur 27 tahun ini layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Apa-apa pun tahniah pasukan KL City!

Foto Kevin Ray Mendoza:

Kredit: Instagram Kevin Ray Mendoza | Malayan Football

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas