Connect with us

Oh! Media

KKM Tambah Kakitangan Jalankan Ujian Di KLIA & KLIA2

ohmedia ujian saringan covid kliapng

Trending

KKM Tambah Kakitangan Jalankan Ujian Di KLIA & KLIA2

Seperti kita semua sedia maklum, kes Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan dan kebanyakan orang semenanjung ke sana juga sudah mula membawa wabak itu kembali ke sini. Di tambah pula dengan PRN Sabah hari tu, lagilah menjadi-jadi.

Tapi apapun, pihak KKM mengesahkan yang pihak mereka telah meletakkan lebih banyak kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 bagi melancarkan proses saringan penumpang yang tiba dari Sabah.

Kementerian Kesihatan sudah menambah kakitangan di KLIA dan klia2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di pintu masuk antarabangsa dan domestik. Peraturan baharu itu bermula hari ini dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). – Tulis kenyataan KKM di Twitter.

Bagaimanapun, sejak pagi tadi ada juga beberapa perkongsian dari mereka yang berada di KLIA yang terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat menjalankan saringan. Orang juga ramai di sana. Lihat gambar yang dikongsikan KKM di bawah.

IKLAN

Dari X@alexzanderj
Sumber: @alexzanderj di X



Diharapkan mereka yang kini berada di KLIA dapat bersabar. Kesian tengok mereka yang terpaksa beratur panjang dan bersesak. Harap pihak yang berwajib mengutamakan keselamatan mereka dengan meletakkan di tempat yang lebih sesuai berbanding jalankan ujian di KLIA. Mungkin boleh dibawa menaiki bas dahulu ke tempat saringan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas