Connect with us

Oh! Media

Trending

KKM Sahkan Najib Dalam Keadaan Sihat, Anak Najib Didakwa Menipu?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengalami masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kes perbicaraan berkaitan 1MDB yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan.

BACA: Ini Sebab Mengapa Anak Najib Titiskan Air Mata Ketika Beri Ucapan

IKLAN

Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dilaporkan mengalami masalah kesihatan dengan tekanan darah Najib berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Yana Najib minta jasa baik PM berikan rawatan terbaik buat Najib

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Seri Najib, Nooryana Najwa Najib ada memuat naik satu hantaran menerusi Instagramnya memaklumkan keadaan kesihatan bapanya yang merosot.

Menurut Yana, permintaan bapanya yang ingin melakukan pemeriksaan secara lebih teliti di Hospital Kuala Lumpur tidak diendahkan malah, ubat-ubatan bapanya juga ditukar.

DSN (Najib) memohon untuk lakukan pemerhatian di HKL tetapi ditolak malah, doktor melepaskannya dan hari ini DSN hadir ke mahkamah.

Doktor juga menukar ubat-ubatannya daripada biasa yang dia makan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

KKM maklumkan keadaan Najib sihat sahaja

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

KKM ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke HKL pada hari Jumaat sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

Pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

Bukan itu sahaja, kenyataan yang dikeluarkan Yana Najib sebelum ini juga bercanggah apabila KKM mengesahkan ubat-ubatan yang sama diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.

Aku sendiri check darah bapa kau

Bukan itu sahaja, seorang pengguna di Twitter turut menjawab hantaran dimuat naik Yana Najib dengan memberikan respon dengan menyatakan bahawa dirinya sendiri yang melakukan pemeriksaan terhadap Datuk Seri Najib.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut difahamkan telah memadam semula ciapannya itu atas faktor tidak dibenarkan untuk mendedahkan maklumat kesihatan pesakit ke khalayak umum.

Kredit: Instagram yananajib | Twitter KKMalaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas