Connect with us

Oh! Media

kkm

Oh! Tidak

KKM Ambil Tindakan Ke Atas Produk Kosmetik Boleh Dimakan Popular

Kalau korang perasan, sekarang ni dah keluar macam-macam jenis produk kosmetik dekat pasaran dan semua orang dilihat berlumba-lumba nak keluarkan produk sendiri. Dapat kelulusan KKM tak tu?

Sampaikan ada produk kosmetik yang claim boleh ditelan terus untuk kecantikan wajah. Apapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah ambil tindakan dekat sebuah jenama kosmetik terkenal dari China.

IKLAN

Menteri Kesihatan turut mengesahkan notis telah dikeluarkan…

Tindakan itu diambil selepas viral iklan dari jenama itu yang mendakwa cecair pengelupasan kulit mati berwarna merah itu boleh ditelan.

Datuk Dr, Dzulkefly Ahmad dalam satu perkongsian mengesahkan pihaknya telah memberikan notis agar syarikat terbabit memberikan penjelasan.

Buat iklan telan produk kosmetik dan cakap pembeli jangan risau…

Salah satu iklan yang mencetuskan kontroversi adalah video berdurasi 26 saat di media sosial yang memaparkan seorang individu ‘meminum’ larutan kosmetik itu sambil berkata, “So what?”

Selain itu, satu lagi video di TikTok menunjukkan seorang lelaki menelan sesudu krim pelindung matahari jenama tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada akaun yang menyiarkan video itu adalah akaun rasmi jenama berkenaan, tetapi semakan mendapati individu yang terlibat mempunyai kaitan dengan jenama tersebut.

KKM akan ambil tindakan tegas!

Dr Dzulkefly menegaskan bahawa produk kosmetik di Malaysia dikawal ketat di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau turut memberi amaran bahawa NPRA akan menarik semula notifikasi produk itu jika pihak syarikat gagal memberikan penjelasan dalam tempoh yang ditetapkan.

#ApaKataOhmedia

Kita pengguna kena ambil tahu semua ni, jangan main beli je. Rasa gatal jer tapak tangan kanan tu nak check out produk, pantang tengok viral nak beli. Apapun, tindakan KKM di bawah NPRA ni wajar dipuji sebab pantas bertindak bagi memastikan pengguna selamat.

kkm

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas