Oh! Negara
KJ Mohon Maaf Keadaan Jadi Teruk Sampai Rakyat Terpaksa Hadap Situasi Ini
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), meluahkan rasa bimbang terhadap penjualan vape yang tidak terkawal di Malaysia sehingga menjadi perhatian media luar negara.
Dalam satu ciapannya di X, KJ menyatakan situasi ini telah bertukar menjadi seperti “zaman koboi” apabila bahan nikotin tidak lagi di bawah kawalan undang-undang.
Hanya mampu memohon maaf…
Beliau turut memohon maaf kepada rakyat, situasi ini membuatkan kanak-kanak bawah umur boleh membeli produk vape dengan mudah.
Ya Dulu memang ada masalah penguatkuasaan, tapi kami selalu ambil tindakan terhadap penjualan vape, terutama kepada kanak-kanak bawah umur, dan produk vape tidak dibenarkan untuk diiklankan.
Sekarang, situasi di Malaysia macam zaman koboi. Tiada penguatkuasaan sebab tiada undang-undang untuk kawal vape. Saya minta maaf perkara ini jadi sampai macam ni.
Perkara ini didedahkan menerusi laporan siasatan Al Jazeera dalam program 101 East, di mana mereka menyamar dan cuba membeli sendiri produk vape di salah sebuah premis tempatan.
Mereka mendapati enam kedai vape di ibu negara tidak memeriksa kad pengenalan pembeli, walaupun notis had umur sudah dipamerkan di premis tersebut.

Tindakan kerajaan seperti melepaskan batuk ditangga
Sejak 30 Mac 2024, nikotin telah dikeluarkan daripada Akta Racun 1952, walau bagaimanapun KKM berjanji untuk meneruskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.
Tetapi langkah ini seperti melepaskan batu ditangga serta mendapat reaksi pelbagai pihak, termasuk gesaan agar penjualan produk vape lebih dikawal demi kesihatan rakyat.
#OhmediaNasihat
Vape ini sebenarnya tak baik untuk kesihatan, terutama untuk budak-budak yang masih membesar. Kalau tiada undang-undang yang jaga perkara ni, kita semua kena lebih berhati-hati dan jangan terikut-ikut. Kesihatan badan kita lebih penting daripada nak cuba benda yang berbahaya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Khairy Jamaluddin
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM