Connect with us

Oh! Media

“Kita Tak Kaya, Tapi Bermoral” – Netizen Kecam Rakyat Singapura Buang Sampah Merata Di Johor

buang sampah

Trending

“Kita Tak Kaya, Tapi Bermoral” – Netizen Kecam Rakyat Singapura Buang Sampah Merata Di Johor

Sudah beberapa bulan boarder dibuka, dah banyak kereta rakyat Singapura masuk ke dalam Malaysia. Namun, kehadiran mereka ke negara ini telah menarik perhatian netizen kerana banyak perkara yang tak boleh dibuat di Singapura, mereka selamba ‘langgar’ di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Singapura Tawar Gaji RM11k, Cari Pekerja Cuci Pinggan Dari Malaysia

Tular di media sosial, sebuah video menunjukkan seseorang yang menaiki kenderaan Singapura telah membuang sampah merata-rata di tempat parking, negeri Johor.

@adikviralmy

Pemandu Singapore SJY 1304S Ingat Boleh Buang Sampah Di Malaysia??

♬ MONEY – 리사 (LISA)

Banyak sampah boleh kita lihat disebelah kereta tersebut. Mungkin sampah itu dah memang ada ataupun memang sengaja dilemparkan dari kereta tersebut.

Kalau korang perasan, jelas dilihat melalui video itu, ada tangan yang keluar melalui tingkap kereta, sedang selamba buang sampah.

Netizen yang menonton video itu kebanyakannya geram dengan tindakan si pemandu. Kalau dekat negara dia, takut pula nak buang sampah merata, tapi di Malaysia? Takkan boleh selamba je nak buang sampah merata kan?

Harap kena tindakan

Bukan orang Singapura je, tapi rakyat Malaysia pun ada juga yang masih degil buang sampah merata. Tak semua ada sifat tanggungjawab dalam diri. Kalau tengok dekat pantai, kawasan ramai orang, banyak je sampah berlonggok dan bersepah. Takkan semua tu orang dari luar yang buat kan?

Jadi, walaupun kita kecam tindakan orang luar yang buang sampah merata-rata tu, kena ingat yang dekat Malaysia pun masih ada orang yang degil buang sampah merata.

Sama-sama lah kita menjaga kebersihan negara kita agar orang luar yang datang nak buang sampah pun akan segan bila tengok negara yang bersih dan cantik tanpa sampah sarap merata.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas