Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Kata Nak Tolong Bayar Denda RM4k Daniel

Article 1 14 1 1

Trending

Ada Pihak Kata Nak Tolong Bayar Denda RM4k Daniel

Sebelum ini kecoh di media sosial kes adik Daniel Iskandar yang dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri. Daniel mendakwa terpaksa mencuri tabung masjid untuk beli ubat atuknya.

BACA: “Cuba Minta Tolong Tapi Tak Ada Yang Bantu..” – Daniel ‘Curi’ Tabung Masjid Untuk Beli Ubat Atuk

Menerusi laporan Utusan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) difahamkan akan membayar denda RM4,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret Selayang ke atas Daniel Iskandar.

IKLAN

Nak beri peluang kedua untuk teruskan kehidupan

Hasbie muda
Hasbie Muda

Bukan sahaja membayarkan denda, tetapi pihak Amanah juga akan membelikan ubat kencing manis buat datuknya yang sedang sakit itu.

Ketua Amanah, Hasbie Muda menyatakan tindakan yang mereka lakukan ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada Daniel untuk meneruskan kehidupannya.

Pemuda Amanah akan membantu keluarga remaja tersebut untuk bayar semua denda RM4,000 yang dikenakan serta belikan ubat kepada datuknya.

Remaja 19 tahun ini juga perlu peluang kedua. Kita perlu membantu.

Hasbie juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh AJK masjid memandikan Daniel sebagai jenazah dan memperlakukan Daniel sebegitu rupa.

Tindakan mandi jenazah dan sebar video kepada umum adalah amat keterlaluan. Maruah dan aib dia perlu dijaga.

Apa hak ahli jawatan kuasa (AJK) masjid perlakukan seperti itu? Hukuman penjara 10 hari sebenarnya lebih dari memadai.

Semoga adik Daniel terus insaf dan semoga dia tidak mengulangi perbuatan mencuri ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas