Connect with us

Oh! Media

“Cuba Minta Tolong Tapi Tak Ada Yang Bantu..” – Daniel ‘Curi’ Tabung Masjid Untuk Beli Ubat Atuk?

daniel

Trending

“Cuba Minta Tolong Tapi Tak Ada Yang Bantu..” – Daniel ‘Curi’ Tabung Masjid Untuk Beli Ubat Atuk?

Video yang tular berkaitan dengan seorang remaja lelaki dimandikan seperti jenazah mendapat perhatian pelbagai pihak, terutama netizen Malaysia. Ramai yang geram dengan tindakan yang dikenakan terhadap Daniel Iskandar, kerana pada mereka, Daniel mungkin ‘terdesak’ untuk mendapatkan duit tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Awak Curi Letak Dalam Bilik Jenazah Pulak!” – Lelaki Viral ‘Sorok’ Tabung Masjid Didakwa!

Daniel telah dikenakan hukuman penjara selama 10 hari dan denda sebanyak RM4,000. Menurut Mahkamah Majistret, jika tertuduh tidak mampu untuk membayar denda yang dikenakan, dia akan dipenjara selama lima bulan.

Cuba curi tabung masjid untuk beli ubat kencing manis Atuk

daniel

Menerusi laporan Sinar Harian, peguam, Azman Abdullah yang mewakili Daniel secara pro bono, iaitu tanpa bayaran telah merayu kepada mahkamah untuk menjatuhi hukuman ringan terhadap tertuduh kerana tertuduh sudah insaf dan memohon maaf kepada pihak masjid dan juga mahkamah.

Daniel merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang tinggal bersama datuknya dari usianya lapan tahun selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Saya dimaklumkan, alasan dia cuba mencuri adalah kerana memerlukan wang untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

Dia cuba meminta daripada orang lain tetapi mereka tidak boleh tolong. Yang Arif, tiada kerugian kerana ia hanya cubaan semata-mata, malah dia sangat memerlukan wang itu.

Menurut Azman, tindakan yang dilakukan terhadap anak guamannya mengenai video yang viral di bilik jenazah tersebut adalah tidak wajar kerana secara tidak langsung ia memberi tekanan kepada Daniel dan juga keluarganya.

Ada netizen yang mempersoalkan kenapa pihak masjid tidak melakukan kutipan derma untuk bantu remaja lelaki tersebut membeli ubat kencing manis buat atuknya?

Semoga selepas ini, jika ada orang yang benar-benar terdesak memerlukan bantuan, bantulah mereka dan janganlah menghina dan menghukum mereka.

Tak dinafikan, memang ada di luar sana yang sengaja menjadi ‘pencuri’ tetapi, ada juga antara mereka yang terdesak dan tiada niat untuk mencuri.

Kredit: Twitter | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas