Connect with us

Oh! Media

Kisah Sebenar Disebalik Gambar Lelaki Ini, Pasti Buat Anda Tersentak

Ef701054 8c02 4897 a63d 8c469e19da80

Trending

Kisah Sebenar Disebalik Gambar Lelaki Ini, Pasti Buat Anda Tersentak

Pernah tak korang terfikir, apakah sebenarnya cerita yang berlaku disebalik gambar-gambar yang telah dijadikan ‘meme’ sebagai bahan ketawa?

Bagi yang aktif di laman sosial mesti korang pernah tengokkan gambar lelaki menangis yang dijadikan ‘meme’ ini. Gambar lelaki ini juga dikatakan popular di kalangan pengguna WhatsApp. Nampak lucu dan sesuai dijadikan ‘sticker’ bukan?

42480a50 9173 4224 877c e497fac1f8d4

Tetapi, selepas baca pendedahan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Syed Mohd Nazli Jamalullail ini, pasti korang akan terkejut, dan berfikir sejenak siapa la yang tergamak guna gambar lelaki ini untuk tujuan melawak.

IKLAN

Syed dikatakan pernah berkongsi posting ini pada 18 April 2020 yang lalu tapi posting ini kembali ‘viral’ selepas gambar lelaki itu sekali lagi dilihat berlegar-legar di media sosial selepas ianya dikongsi oleh netizen.

Ini antara luahan yang dikongsi oleh Syed Mohd Nazli di posting Facebook-nya April lalu:

43535ba5 5154 4666 8383 5f955c671603

Gurauan?

Ya, saya tidak menolak gurauan. Berguraulah tetapi bersederhanalah dengan gurauan kita.

Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar-gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan di atas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.

Airmata bapa kehilangan 5 anak sekaligus

Eb324f96 ff41 426a 9c34 8e18036ac8a7

Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa tsunami pada tahun 2004.

Dalam tragedi itu saudara Zul kehilangan lima (5) anaknya sekaligus, termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17; Mohd. Shukri, 12; Siti Nur Shuhada, 10; Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5.

Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.

Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau.

Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu.

Justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang-orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun. – Tulis Syed Mohamad Nazli di Facebook.

Tak semua benda boleh dibuat gurau, apatah lagi kalau ianya melibatkan perasaan seseorang. Bak kata orang ‘Bersenda gurau ada batas-batasnya’ dan jangan pula kita melebih-lebih.

Kredit: Syed Mohamad Nazli

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas