Connect with us

Oh! Media

Kipas Siling Hempap Anak, Ibu Bapa Terkilan Pihak Sekolah Tak Buat Rawatan Segera

Jpg 20221019 120733 0000

Trending

Kipas Siling Hempap Anak, Ibu Bapa Terkilan Pihak Sekolah Tak Buat Rawatan Segera

Semalam berlaku satu kejadian di mana sebuah kipas siling terjatuh dan telah mencederakan tiga orang murid darjah dua di sebuah sekolah.

BACA: “Kuat Aura Cikgu Ni” – Beri Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Guru, Warga Sekolah Dan Murid Dipuji Netizen

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 pagi dan menyebabkan kecederaan ringan kepada murid-murid tersebut.

IKLAN

Tiada tindakan segera

41666132070 freesize 1

Seorang murid perempuan yang terlibat dalam kejadian itu patah jari dan cedera di bahagian dada akibat terkena bilah kipas. Ibu bapa bagi murid berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana tiada rawatan segera dari pihak sekolah malah diminta untuk membawa anak mereka ke hospital sendiri.

Ketika isteri saya tiba di sekolah, tangan anak saya ketika itu sudah bertukar warna dan sepatutnya perlukan rawatan segera tetapi mereka masih lagi memintanya mengisi buku log kebenaran keluar sekolah dan sebagainya.

Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain.

Bapa kepada murid berkenaan berkata bahawa kipas yang terjatuh itu sudah uzur, berkarat dan tidak selamat untuk digunakan. Laporan polis telah dibuat di IPD Selama ada petang itu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas