Connect with us

Oh! Media

Khairul Aming Perkenal Format Baru 30 Hari 30 Resepi, Kali Ini Ada 3 Slot!

Trending

Khairul Aming Perkenal Format Baru 30 Hari 30 Resepi, Kali Ini Ada 3 Slot!

Sebut saja nama Khairul Aming, pasti ramai yang membayangkan segala macam resepi menarik air tangannya kan? Tak lokek berkongsi ilmu, setiap tahun influncer ini akan tampil dengan 30 resepi khas sepanjang Ramadan.

ADVERTISEMENT

BACA: Resepi Khairul Aming Yang Pasti Buatkan Kita Terliur Bakal Kembali Ramadhan Tahun Ini

Tetapi apa yang istimewanya kali ini, Khairul Aming memperkenalkan format baru iaitu 3 slot perkongsian resepi. Tak sabarnya nak tengok!

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman ini berkata, slot pertama adalah 30 hari 30 resepi berbuka yang akan disiarkan pada waktu tengah hari.

Berbeza dengan video puasa sebelum ini, video masakan berbuka tahun ini akan dibuat lebih panjang dan terperinci. Resepi yang akan disiarkan termasuklah pemanis mulut, kuih raya dan sebagainya.

Yang kedua adalah sesi live di Instagram dan Tiktok pada waktu petang dalam slot 30 hari 30 live cooking. Jam berapa Khairul Aming bersiaran langsung setakat ini masih belum dipastikan lagi. Tunggu je okay!

Di atas permintaan ramai, cef selebriti ini akhirnya tampil dengan slot pada waktu malam iaitu 30 hari 30 resepi sahur. Fuh memang complete dari berbuka sampai ke sahur, siap ada live lagi.

Tambah Khairul Aming, tahun ini dia memang mahu tampil ‘lebih’ lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Patutlah sampai 3 slot dia tapau.

Di kesempatan ini, Oh!Media nak mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam.

Kredit: Instagram Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas