Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis Selangor Beritahu Perkembangan Terkini Mengenai Kes Kematian Nidza Afham 

Ohmedia nidza afham

Trending

Ketua Polis Selangor Beritahu Perkembangan Terkini Mengenai Kes Kematian Nidza Afham 

Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

BACARakaman CCTV Berdekatan Jambatan Mayat Arwah Nidza Dijumpai Akhirnya Diperoleh, 8 Individu Dipanggil Beri Keterangan

Menurut laporan mStar, perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.

IKLAN

Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.

Difahamkan, Hussein menjelaskan hal tersebut ketika ditemui oleh pihak media di Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberitahu kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sekadar info, selepas mayat Nidza ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu, kes kematian arwah sememangnya menjadi perhatian ramai kerana difahamkan, arwah dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Sultan Suleiman.

Ohmedia nidza afham

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas