Connect with us

Oh! Media

era fm

Oh! Artis

Ketua Polis Negara Sahkan Siasatan Ke Atas Tiga Penyampai Era FM

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video kontroversi yang tular di media sosial, melibatkan tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda satu perayaan agama hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan isu tersebut.

IKLAN

Siasatan awal mendapati video tersebut telah dipadamkan oleh pihak stesen radio selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, semakan mendapati video terbabit sempat ditonton sebanyak 95,400 kali dan turut dikongsi oleh 204 pengguna di media sosial.- Kata Razarudin. 

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Tindakan terhadap penyampai terlibat…

Susulan insiden tersebut, tiga penyampai Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin Amir Effendi telah digantung tugas serta-merta.

Astro Audio, dalam kenyataannya, menegaskan bahawa mereka memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan segera terhadap semua yang terlibat. 

BACA: Penyampai ERA FM Digantung! Video Kontroversi Sentuh Sensitiviti

Permohonan maaf terbuka sudah dilakukan…

Ketiga-tiga penyampai tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial. Mereka menyatakan tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan menghormati kepercayaan serta nilai pegangan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama. 

era fm

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas