Connect with us

Oh! Media

Keselamatan Anggota FRU Dalam Pengangkutan Dipersoal Ramai

Anggota Fru Terkorban

Trending

Keselamatan Anggota FRU Dalam Pengangkutan Dipersoal Ramai

Selepas beberapa insiden melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), keselamatan pengangkutan mereka kini menjadi tumpuan utama. 

Menurut laporan Kosmo, langkah segera perlu diambil bagi menjamin nyawa anggota dan perkara ini dikatakan sendiri Jamil Manan Supri dari Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR).

Antara langkah penting ialah pemasangan tali pinggang keledar untuk anggota di belakang trak.

Ganti trak anggota FRU dengan bas untuk perjalanan jauh

Fru

Jamil turut menegaskan bahawa penggunaan trak untuk perjalanan biasa atau jauh tidak lagi sesuai. Sebaliknya, penggunaan bas lebih selamat dan bersesuaian untuk membawa anggota secara berkumpulan.

IKLAN

Pengangkutan perlu ditukar kepada bas. Ini lebih sesuai dan selamat.

ICOP tak dipatuhi? Wujudkan semula SPAD

Fru

Isu pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) juga dibangkitkan. Jamil mempersoalkan sejauh mana pihak operator kenderaan benar-benar mematuhi garis panduan keselamatan tersebut.

Mungkin sudah tiba masa SPAD diwujudkan semula untuk pantau perkara ini.

Sistem Kejara perlu diaktifkan semula

Ohmedia penduduk dakwa pemandu lori kejar trip

Bagi memastikan pemandu kenderaan benar-benar layak, sistem Kejara dicadangkan untuk diaktifkan semula. Ini akan membantu menyaring pemandu yang mempunyai rekod kesalahan lalu lintas atau jenayah.

Pemilik kenderaan harus pastikan pemandu mereka bersih daripada sebarang rekod jenayah.

Pssttt! Keselamatan anggota barisan hadapan adalah tanggungjawab bersama. Jangan tunggu tragedi baru mahu bertindak—langkah pencegahan lebih utama.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas