Connect with us

Oh! Media

Terkini! Kesan Darah Di Bilik Sah Milik Zayn Rayyan

Zayn Rayyan

Trending

Terkini! Kesan Darah Di Bilik Sah Milik Zayn Rayyan

Kes perbicaraan kematian tragis kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kembali hangat selepas seorang pegawai penyiasat kanan tampil mendedahkan bahawa darah yang ditemui dalam bilik rumah mangsa disahkan milik Zayn Rayyan sendiri.

Menurut laporan Kosmo, Asisten Superintendan Mohd. Hafizee Ismail, 38, menyatakan demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen hari ini.

IKLAN

Darah dalam tandas adalah B1 (Zaim Ikhwan Zahari), darah dalam bilik adalah si mati (Zayn Rayyan).

Siasatan guna ujian luminol dedah kesan darah Zayn Rayyan

zayn rayyan

Pendedahan ini dibuat susulan ujian luminol yang dijalankan di kediaman keluarga tersebut pada 9 Disember 2023, yang mendedahkan adanya kesan darah di dalam bilik dan tandas.

Saksi turut memaklumkan bahawa kesan darah di tandas adalah milik tertuduh pertama, manakala darah di bilik dikenal pasti milik si mati menerusi padanan spesimen tulang sternum.

Nama bapa berbeza dalam sijil kelahiran sebab ini

Zayn Rayyan

Menjawab persoalan tentang perbezaan nama bapa dalam sijil kelahiran Zayn Rayyan, Mohd. Hafizee menjelaskan bahawa pasangan tertuduh berkahwin di Narathiwat, Thailand, pada Jun 2016 namun hanya mendaftar perkahwinan lewat di Malaysia.

Oleh demikian, si mati ‘berbinkan’ atas 99 nama Allah.

Kedua ibu bapa dituduh abaikan anak hingga cedera

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 30 tahun, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak mereka itu.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku antara 5 hingga 6 Disember 2023 dan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Setiap anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Jangan biarkan kealpaan menjadi punca derita mereka. Semoga kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas