Connect with us

Oh! Media

Kesal Lihat Berita Palsu Meninggal Dunia, Aiman Hakim Nasihat Netizen

Aiman Hakim Ridza

Oh! Artis

Kesal Lihat Berita Palsu Meninggal Dunia, Aiman Hakim Nasihat Netizen

Baru-baru ini viral berita palsu tentang kematian pelakon terkenal Aiman Hakim Ridza yang mengejutkan orang ramai. Pelakon, Aiman Hakim menunjukkan rasa kesal mengenai berita palsu tentang kematiannya.

BACA: “Sama Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Berani Dakwa Aiman Hakim Pernah Ajak Orang Buat Maksiat?

Menurut laporan mStar, pelakon itu berkata perkara tersebut sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan.

IKLAN

Tidak tahan melihat berita palsu disebarkan, Aiman mengesahkan dia masih hidup dan sihat serta enggan ambil pusing tindakan pihak yang suka mengambil kesempatan ini.

Aiman hakim meninggal

Ada orang hantar mesej fasal perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertamanya, Alhamdulillah saya masih hidup.

Dalam sosial media ini, lebih banyak anda habiskan masa, lebih banyak orang lain ada untung.

Aiman juga berkongsi menerusi Instastory miliknya berkenaan tangkap layar hantaran di Facebook beritahu dia dah meninggal dunia dimuat naik di sebuah akaun komuniti.

Aiman juga mengulas bagaimana media sosial sebegitu boleh raih keuntungan menerusi engagement pengguna.

Lagi anda layan media sosial, lagi banyak benda merapu akan keluar. Kesimpulannya di sini kurangkan main media sosial.

Pelakon terkenal ini juga menasihatkan supaya pengikutnya agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial dan luangkan lebih masa dengan orang sekeliling.

Walaubagaimanpun, berita tentang kematian selebriti sudah banyak kali berlaku dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat termasuk ahli keluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas