Connect with us

Oh! Media

Kes Tikam Adik: Kakak Dijamin RM10 Ribu, Perlu Lapor Diri Di Balai Polis Setiap Bulan

Trending

Kes Tikam Adik: Kakak Dijamin RM10 Ribu, Perlu Lapor Diri Di Balai Polis Setiap Bulan

Hangat diperkatakan di media sosial sekarang mengenai insiden yang berlaku di Iskandar Puteri, di mana seorang kakak dipercayai menikam adik lelakinya hingga menyebabkan kematian.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” – Ibu Cerita Situasi Kejadian, Bukan Gaduh Berebut Kerusi

Hari ini, perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah bersetuju untuk meletakkan hukuman atas tindakan remaja perempuan yang berusia 18 tahun itu.

Hukuman ikat jamin

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli selepas pertuduhan dibacakan. Remaja itu telah didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh tidak ada sebab untuk melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM) – Peguam bela

Majistret membenarkan remaja itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Tarikh sebutan semula kes adalah pada 5 Disember.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas