Connect with us

Oh! Media

”Kes Saya Dengan Adira Paling Hampir”, Ini Permintaan Terakhir Datuk Red Kepada Adira Suhaimi

Datuk Red

Trending

”Kes Saya Dengan Adira Paling Hampir”, Ini Permintaan Terakhir Datuk Red Kepada Adira Suhaimi

Sejak kebelakangan ini nama usahawan, Datuk Red hangat diperkatakan di media sosial apabila mendedahkan dirinya telah bankrap pada 5 tahun lepas.

ADVERTISEMENT

Sebelum itu isteri keduanya yang juga merupakan seorang penyanyi, Adira Suhaimi failkan tuntutan cerai tanpa beritahu apa sebabnya.

BACAAdira Suhaimi Akhirnya Bersuara Lepas Kecoh Isu Datuk Red Dah 5 Tahun Muflis Dan Ditanggungnya

Terbaru! Menurut laporan mStar, Datuk Red menerusi siaran langsung di Tiktoknya berharap agar kedua-dua isterinya lembut hati dan membenarkan dia beraya bersama mereka dan anak-anak tahun ini buat kali terakhir sekiranya rumah tangganya tak dapat diselamatkan.

datuk red

Bagilah saya peluang berhari raya dengan anak-anak.

Andai kata jodoh kami tak panjang bagilah peluang saya beraya dengan anak-anak dan kali terakhir sebagai suami.

Bukan tu jer, Datuk Red juga ingin menganggap yang keluarga mereka tiada masalah ketika ini supaya dapat meraikan hati raya dengan meriah bersama keluarga besarnya.

Saya harap nak beraya macam suami isteri dan keluarga…

Jangan tunjuk pada anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku.

Saya cuba tapi nampak dalam kertas macam ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami.

Datuk Red juga mendedahkan yang dia sengaja melewatkan kes penceraian dengan kedua-dua isterinya dengan harapan mereka berubah fikiran tanpa memaksa untuk terus kekal bersamanya.

Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak… nak buat macam mana. Benda ini tak boleh nak paksa.

Saya melambat-lambatkan kes sebab saya nak ambil masa agar kedua-dua mereka ini tarik semula.

Kes saya dengan Adira paling hampir, hujung bulan empat masuk hakam bila sudah sampai situ saya memang tiada upaya… Macam tangan kena ikat.

Kalau dengan Datin Red lambat sikit sebab dia buat permohonan lambat.

Apapun, semoga segala urusan Datuk Red dipermudahkan dan hubungan bersama isteri pertama dan kedua dalam keadaan yang baik-baik saja.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas