Connect with us

Oh! Media

Kes Saman Adik-Beradik RM1.5 Juta, Pemilik Syarikat Bongkar Cerita Sebenar!

saman

Trending

Kes Saman Adik-Beradik RM1.5 Juta, Pemilik Syarikat Bongkar Cerita Sebenar!

Baru-baru ini tular pengasas jenama pencuci mulut terkenal, Ordinary Baker, dikatakan telah menyaman satu lagi syarikat milik bekas rakan niaga dan juga adik-beradik sendiri iaitu Eclairis, dengan tuntutan mencecah RM1.5 juta.

Putri Nadira yang kini menguruskan Eclairis menganggap tindakan saman tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyakitkan kerana ia datang daripada keluarga sendiri.

IKLAN

Kakak saman adik-beradik sendiri RM1.5 juta

Katanya lagi, dia dan adik-beradik yang lain telah bersama-sama membangunkan jenama Ordinary Baker dari awal dan tidak adil jika hanya dianggap sebagai sekadar ‘pekerja’.

Terbaru, pemilik penuh syarikat Ordinary Baker pula tampil menjelaskan situasi sebenar di pihaknya. Putri Arshad menerusi satu hantaran di Facebook menafikan tuduhan menganiaya adik-beradik sendiri.

Tegasnya, dia tidak akan membuka semua cerita melainkan pihak tertentu terus menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Kakak buka mulut, bongkar perkara sebenar

saman

Dakwanya lagi, syarikat Ordinary Baker (OB) menggunakan modal beliau sendiri tanpa sebarang sumbangan dari ahli keluarganya.

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa syarikat itu ditubuhkan untuk membantu adik-beradik yang ketika itu tidak mempunyai pekerjaan.

Hasil dari titik peluh kami adik beradik – OB berjaya settlekan some of hutang mereka. Maybe mereka terlupa, banyak hutang mereka telah OB bayarkan. Biasalah bila duit tak masuk pocket sendiri orang akan lupa. We are talking about almost 100K. Hutang TEKUN, education loan, hutang Ah Long, hutang dengan my husband.

Tambahnya lagi, syarikat turut melunaskan satu persatu hutang adik-beradiknya kerana dua daripada mereka disenarai hitam dan tidak boleh didaftarkan sebagai pemilik syarikat sehingga hutang diselesaikan.

Why it is important nama kena clear sebelum masuk dalam company? In case OB nak grow dan perlukan financing, financial institution akan buat background check. This is the reason why nama mereka tiada. I decided to go solo, so it is easier for me to manage risk. Bekerja dengan I memang susah, I follow the book dan process that was set by the authority. I tak suka hanky panky transaction. This, you can verify dgn my auditor accountant and my lawyer.

Wanita itu mendakwa bahawa beliau telah menjadi mangsa serangan terancang apabila adik-beradiknya meletakkan jawatan secara mengejut tanpa pengetahuannya dan menubuhkan syarikat baharu dua minggu selepas itu.

“Takkanlah, angin takde, ribut takde, I bangun tidur nak saman orang kan?”

syarikat saman

Malah, mereka turut membawa keluar aset syarikat tanpa izin dan mencuri data syarikat.

Takkanlah, angin takde, ribut takde, I bangun tidur nak saman orang kan?

Tambah menyedihkan, akses Instagram syarikat turut diambil alih dan semua kandungan dipadam. Namun, beliau tetap meneruskan perjuangan demi staf yang bergantung hidup dengan OB.

Kalau I gagal selamatkan OB, at least I tahu I dah cuba sedaya upaya.

Menurut beliau, OB mempunyai lebih 25 kakitangan dan beliau tidak sanggup mengorbankan periuk nasi mereka hanya kerana dikhianati oleh darah daging sendiri.

Baca perkongsian penuh:

Pssttt! Masing-masing dah keluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing-masing. Kita tunggu jelah keputusan mahkamah nanti ya. Boleh dikatakan kes ini menarik juga untuk dijadikan pengajaran.

Kredit: Facebook Putri Arshad
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas