Connect with us

Oh! Media

Kes Norshamira: Pekerja Kedai Pajak Gadai Ditahan Reman

Ohmedia kes bunuh norshamira

Oh! Tidak

Kes Norshamira: Pekerja Kedai Pajak Gadai Ditahan Reman

Seorang pekerja kedai pajak gadai direman tujuh hari selepas dipercayai membeli gelang emas milik, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria bermula Ahad hingga 22 Februari ini.

Suspek kedua ditahan di Kuala Terengganu…

Menurut polis, suspek ditahan pada Sabtu kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah kedai pajak gadai di bandar Kuala Terengganu.

IKLAN

Lelaki ini dipercayai membeli gelang emas milik mangsa daripada suspek utama kes yang kini dalam siasatan.- katanya.

Sebelum ini, mayat Norshamira ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. Siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuhnya.

Norshamira yang menguruskan perniagaan makanan secara COD (cash on delivery) keluar dari rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan, yang akhirnya menjadi suspek utama dalam kes ini.

Pada Sabtu, suspek utama kes yang berusia 53 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi.

Mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari sehingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ohmedia kes bunuh norshamira

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas