
Trending
Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak, Netizen Tak Setuju Pemandu Dipenjara?
Oleh
Kita digemparkan dengan kemalangan maut yang meragut nyawa lapan orang remaja yang berbasikal lajak di Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada tahun 2017 yang lalu.
Semalam, Mahkamah Tinggi Johor memerintahkan Sam Ke Ting, 27, dipenjara selama enam tahun dan didenda sebanyak RM6000 selepas didapati bersalah kerana memandu secara melulu.
Hukuman yang tidak adil
Hukuman yang dikenakan ke atas Sam Ke Ting itu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang berpendapat hukuman dikenakan kepada tertuduh itu sebagai tidak adil.
Perkara ini turut mendapat perhatian seorang editor dari CodeBlue, Boo Su-Lyn yang turut menyuarakan pendapatnya di Twitter.
This is unjust. She reportedly was driving within the speed limit, wasn’t intoxicated etc.
— Boo Su-Lyn (@boosulyn) April 13, 2022
Hope she appeals and gets stay on sentence.
Parents were at fault for letting their kids do the basikal lajak nonsense in the middle of the night. https://t.co/czwa6LVtMI
Dia berpendapat bahawa ibu bapa kepada anak-anak itu yang harus dipersalahkan kerana membiarkan anak mereka bermain basikal lajak di waktu malam.
Ini tidak adil. Dia (Sam Ke Ting) dilaporkan memandu dalam limit kelajuan, tidak mabuk dan sebagainya.
Bualan hangat netizen
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang bersetuju dengan pendapat yang dibuat Boo Su-Lyn dan ada yang memberikan pendapat yang sebaliknya.



Pendapat korang pula macam mana? Adakah ianya hukuman diberikan kepada si pelaku itu adil ataupun tidak?
Kredit: Twitter Boo Su-Lyn
