Connect with us

Oh! Media

Kes Jangkitan Meningkat, Rakyat Minta PKP Secara Menyeluruh Dilaksanakan

Trending

Kes Jangkitan Meningkat, Rakyat Minta PKP Secara Menyeluruh Dilaksanakan

Berikutan wabak penyakit Covid-19 semakin meningkat di Malaysia, ramai yang mula risau dengan keselamatan diri dan keluarga terutamanya penduduk yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

ADVERTISEMENT

Hal ini demikian kerana, jangkitan wabak berbahaya ini tertumpu di negeri ini yang menyebabkan kes harian mencecah lebih seribu kes pada setiap hari.

Sumber : KKM Putrajaya
Sumber : KKM Putrajaya

Sehubungan itu, rakyat menyuarakan pendapat mereka di laman sosial Twitter agar pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan sewaktu PKP pada Mac 2020.

Pelaksanaan PKP 1.0 yang dilakukan pada tahun lalu memberi pelbagai kesan dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan pematuhan SOP secara konsisten daripada rakyat, Malaysia dapat mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 di dalam negara.

Dalam cadangan rakyat menggesa kerajaan untuk melaksanakan total lockdown di negara, ada juga yang mencadangkan beberapa inisiatif yang perlu dilakukan jika PKP secara menyeluruh benar-benar berlaku.

Rakyat memberi gambaran jika pelaksanaan PKP secara menyeluruh dilakukan pada ketika ini, negara pasti dapat mengurangkan jangkitan Covid-19 walaupun perlu ada beberapa faktor lain yang perlu dititikberatkan. Bagi mereka, kesihatan orang ramai yang paling penting pada saat ini.

Semoga penyakit berbahaya ini segera hilang di dunia agar masyarakat dapat menjalani kehidupan normal seperti dulu. Sama-sama kita doa.

Sumber 

Kredit : Twitter

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas