Connect with us

Oh! Media

Kereta Rosak, 8 Jam Wanita Ini Berjalan Kaki Redah Banjir Untuk Pulang Rumah

berjalan kaki

Trending

Kereta Rosak, 8 Jam Wanita Ini Berjalan Kaki Redah Banjir Untuk Pulang Rumah

Sungguh menyayat hati melihat seorang ibu bersama anak perempuannya sanggup berjalan kaki kira-kira lapan jam dari sebuah stesen minyak di Shah Alam, pulang ke rumah mereka di Bandar Putera Klang akibat kenderaan rosak dan cuba untuk meredah banjir serta hujan lebat.

ADVERTISEMENT

BACA: Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

Menurut Harian Metro, Hayati Halim yang merupakan seorang jururawat, pulang bersama anak perempuannya dari kampung terletak di Bagan Serai, Perak selepas jirannya memberitahu rumah mereka sudah dinaiki air sehingga paras dada.

Nak tengok apa yang boleh diselamatkan

berjalan kaki
Hayati Halim

Sementara suami dan anaknya yang lain menguruskan kereta, Hayati dan anak perempuannya cuba pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumah yang dikatakan sudah naik air.

Saya hendak tengok dahulu apa keadaan di rumah dan sedang menunggu bot untuk memasuki kawasan rumah kerana paras air tinggi, nak tengok apa yang boleh saya selamatkan.

Pihak Harian Metro yang sedang dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan serta tinjauan keadaan banjir disana menemui Hayati di tepi jalan sekitar jam 1 pagi.

Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa buah kenderaan ringan berpatah balik kecuali penunggang motosikal yang terpaksa menolak motosikal masing-masing.

Ramai juga yang parkir kereta di bahu jalan kerana tidak dapat pulang ke rumah disebabkan sudah dinaiki air.

Semoga banjir yang melanda ini cepat surut dan keadaan kembali normal seperti biasa. Sedih tengok keadaan mangsa banjir yang terkesan. Harap dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki mereka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas