Connect with us

Oh! Media

“Kerana Gula, Semut Bersatu” – Gadis Ini Akhirnya Terima Berita Gembira Daripada Perodua

perodua

Trending

“Kerana Gula, Semut Bersatu” – Gadis Ini Akhirnya Terima Berita Gembira Daripada Perodua

Minggu ni agak kecoh juga tentang Perodua Bezza yang dilaporkan rosak selepas hanya 8 jam diambil pelanggan. Hasil siasatan pihak Perodua juga mendakwa ada bendasing seperti gula di dalam enjin dan menjadi punca kerosakan.

ADVERTISEMENT

Macam-macam dah berlaku sepanjang kes ini viral dan akhirnya pemilik kereta tersebut yang dikenali sebagai Nagakanni memaklumkan Perodua akhirnya bersetuju untuk membeli semula kereta tersebut dengan harga penuh.

Semua wang bulanan kereta yang dibayar turut akan dipulangkan…

Cara penyelesaian yang ditawarkan pihak Perodua kali ini membuatkannya rasa lega kerana tidak perlu membayar bulanan kereta lagi. Bukan hanya itu, duit bayaran bulanan yang telah dibuat pengguna terbabit sepanjang memiliki kenderaan terbabit juga akan dipulangkan.

Perodua juga offer untuk saya beli kereta kedua dengan kadar loan bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain.

Akhirnya, kerana gula, semut bersatu!

Dalam pada itu, pemilik Bezza ini juga turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama membantu untuk dia menuntut hak.

Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ini. Tapi saya belajar sesuatu.

Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya.

perodua

Kredit: FB Nagakanni Subramaniam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas