Connect with us

Oh! Media

Kerana Dendam Kesumat, Keluarga Mafia Baha Don Diancam Bahaya?

Kbd Cover 1

Trending

Kerana Dendam Kesumat, Keluarga Mafia Baha Don Diancam Bahaya?

Setelah sekian lama, penantian peminat bakal berakhir dengan tayangan Keluarga Baha Don Musim Ketiga. Episod akhir musim lalu yang dibiarkan tergantung membuatkan peminat tertanya-tanya apakah kesudahan kisah keluarga mafia ini.

Kemunculan Bobby Bachan (Fikry Ibrahim) yang mula buat kacau dan mengugut mahu menghapuskan Keluarga Baha Don membuatkan Jo Don (Remy Ishak) perlu bertindak pantas. Lebih-lebih lagi, kehilangan isteri Jo, Suzi Faye (Melissa Campbell) juga berkaitan dengan Bobby.

Jo Don tunjuk belang mafia sebenar

IKLAN
Remy Ishak Mark Adam Sharifah Aleysha  Susan Lankaster Dalam Keluarga Baha Don Musim 3

Satu insiden membabitkan Mama Don (Susan Lankester) membuatkan Jo tidak mampu bersabar lagi. Dia bersiap sedia untuk menyerlahkan dirinya sebagai mafia sebenar kepada musuhnya Bobby.

Bermacam lagi aksi mendebarkan dari tembak-menembak, penculikan, diselangi babak lucu lagi menghiburkan bakal disaksikan untuk musim ketiga Program Komedi Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 ini.

Macam mana agaknya Jo memainkan peranan sebagai ketua mafia menggantikan papanya yang telah tiada? Bukan sahaja untuk mempertahankan Migellin Star yang ingin dicuri Bobby, tapi yang lebih penting, nyawa ahli keluarganya yang diancam musuh.

Dalam masa sama, Mat Don (Khir Rahman) yang sebelum ini seorang playboy sudah menemui cinta sejati buatnya. Menyokong keputusan Mat, Mama sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia anak sulungnya itu.

Namun, adakah Kesuma (Jihan Muse) benar-benar mencintai Mat? Atau sebenarnya dia ada niat tersembunyi di sebalik taktiknya menawan hati Mat? Adakah rahsia bahawa dia adalah bekas kekasih Jo akan terbongkar sebelum dia menjadi sebahagian dari Keluarga Baha Don?

Susan Lankaster Sebagai Mama Don Dalam Keluarga Baha Don Musim 3

Ucu Don (Sharifah Aleysha) yang turut terpalit dengan hal keluarganya, masih menjalankan perniagaan ‘Happy Tea’. Perniagaannya itu bagaimanapun tidak disenangi pihak atas universitinya. Apakah akibat yang perlu ditanggung Ucu?

Mark Adam  Khir Rahman Pelakon Keluarga Baha Don Musim 3 Viu Original Series

Semua ini dan banyak lagi plot yang akan buat penonton tidak senang duduk dan bergelak ketawa dengan komedi bersahaja barisan pelakon Keluarga Baha Don Musim Ketiga. Siri ini akan mula ditayangkan 29 Julai 2021 ini dan mempunyai 10 episod kesemuanya.

Mula tayangan 29 Julai 2021

Poster Keluarga Baha Don Musim 3

Untuk menonton, muat turun apps Viu di Apps Store atau Play Store. Boleh juga ditonton di https://kbds3.onelink.me/hu4i/f4c7dd6e untuk ikuti siri Keluarga Baha Don Musim Ketiga ini hari ini!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas