Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Tidak Haramkan Penjualan Vape, Akan Terus Mengawal Selia Rokok Elektronik

Ohmedia f0872ab5 4979 4d46 b9e2 72caf486ab00

Trending

Kerajaan Tidak Haramkan Penjualan Vape, Akan Terus Mengawal Selia Rokok Elektronik

Baru-baru ini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyarankan agar penggunaan vape diharamkan secara total.

Ini disebabkan penggunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang dan menjadi punca anak muda terjebak dalam ketagihan dadah bermula dari penggunaan vape.

Terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly memaklumkan pihaknya masih terus mengawal selia vape dan tidak dapat mengharamkan penjualan rokok elektronik itu di peringkat nasional.

IKLAN

Keputusan perlu dibuat mengikut setiap negeri

0e1a68e2 b189 49a0 b662 0aca75e6634b

Saya kira negeri-negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Saya sebutkan sebentar tadi, kita tidak dapat mengharamkan vape ketika itu maka kita telah mengambil sikap untuk mengawal selia.

Saya pastinya, first action is of course to ban, but if we cannot ban then we got to regulate saya tetap berpendirian sama. Tetapi for now we have a stand alone legislation that will regulate e-cigarette atau vape ni until such time.

Kita masih tetap dengan pendirian ini sebagai kerajaan perpaduan, federal government tetap untuk mengawal selia e-cigarette ni.

Keputusan kementerian untuk kawal selia dalam Akta 852 itu that it is a stand alone, yang merupakan satu satu perundangan yang lengkap, sempurna dari segi pengawal selia, pendaftaran sampai lah kepada penjualan dan pos sebagainya.

Dr Dzulkefly juga mengatakan kesemua itu adalah entire supply chain dan kerajaan akan ambil sikap untuk kawal selia dan tidak mengharamkannya.

Ohmedia f0872ab5 4979 4d46 b9e2 72caf486ab00

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Buletin TV3


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas