Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Sewa Rumah RM2,000 Selama Enam Bulan Untuk Mangsa Terjejas

Putra Heights

Trending

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Sewa Rumah RM2,000 Selama Enam Bulan Untuk Mangsa Terjejas

Dalam usaha membantu rakyat yang terkesan akibat bencana baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor tampil proaktif apabila bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos sewaan 613 isi rumah, melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM7.2 juta.

Menurut laporan Kosmo, bantuan tersebut akan disalurkan dalam bentuk bantuan sewa RM2,000 selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terjejas dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ada pilihan rumah Smart Sewa dan Unit Airbnb

Ohmedia kerajaan selangor bantuan putra heights

Antara inisiatif yang ditawarkan termasuklah penempatan sementara di rumah Smart Sewa di Kota Warisan, Sepang serta 87 unit rumah Airbnb yang boleh digunakan secara percuma selama dua bulan.

IKLAN

Kalau mereka menginap di rumah smart sewa atau Airbnb, mereka boleh guna duit bantuan itu. Selebihnya kerajaan negeri akan tanggung.

Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada mangsa untuk memilih lokasi penempatan agar lebih sesuai dengan keperluan masing-masing.

Kerajaan Selangor peruntukan RM7.2 juta untuk ringankan beban rakyat

Copy of Untitled Design   1

Keseluruhan langkah ini dijangka memberi impak positif dan mengurangkan tekanan kewangan kepada mangsa bencana, terutamanya mereka yang kehilangan kediaman secara total atau mengalami kerosakan serius.

#ApaKataOhmedia

Bila ditimpa musibah, jangan malu untuk mendapatkan bantuan. Gunakan setiap peluang dan inisiatif yang disediakan kerajaan demi keselesaan dan keselamatan keluarga.

Putra Heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas