Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Dicadang Kenakan Cukai Pada Cecair Vape Bernikotin, Mampu Jana Pendapat Hingga RM4 Billion Setahun

Trending

Kerajaan Dicadang Kenakan Cukai Pada Cecair Vape Bernikotin, Mampu Jana Pendapat Hingga RM4 Billion Setahun

Pasti ada antara korang yang nak berhenti merokok dan beralih ke vape, betul tak? Bukan perokok yang nak berhenti je, ada juga yang suka-suka isap vape ni untuk mengikut trend. Lagipun kalau dikira balik, sara vape ni lagi murah berbanding rokok. 

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, kerajaan dicadang untuk mengenakan cukai keatas cecair vape yang bernikotin. Pasti ramai yang tak puas hati kan? Dengan cadangan itu, kerajaan dikatakan mampu menjana pendapatan antara RM3 hingga RM4 bilion setahun gais. Pergh! Memang banyak untungnya. Kita yang hisap vape ni yang tak untung, kah!

Kerajaan mungkin terlepas pandang tentang hal ini dan ianya dikatakan sendiri oleh Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara, kelmarin.

Langkah mengumumkan dalam belanjawan mengenai duti eksais pada kadar 10 peratus akan dikenakan kepada semua jenis peranti vape dan 40 sen setiap mililiter ke atas cecair tanpa nikotin mulai 1 Januari tahun depan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.

Ia juga perlu diperluaskan kepada cecair yang juga mengandungi nikotin kerana penggunaannya dalam kalangan penggemar vape jauh lebih besar. Jika cecair vape bernikotin turut dikenakan cukai, saya percaya kerajaan boleh mengutip cukai berganda dan meraih pendapatan tambahan antara RM3 hingga RM4 bilion setahun.

Sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hanya mengumumkan yang eksais 10 peratus ke atas dan 40 sen ke atas cecair tanpa nikotin akan dikuatkuasa mulai 1 Januari akan datang.

Muhammad Zahid juga menegur Bahagian Kawalan Penyakit, Sektor Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan supaya lebih proaktif dalam menentukan peratusan dalam cecair vape yang dibenarkan.

Kita taktahu sama ada cadangan ini akan dikuatkuasakan oleh kerajaan ataupun tidak. Jadi, apa pandangan korang? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas