Connect with us

Oh! Media

Kenal Di Aplikasi Cari Jodoh, Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Dirogol

rogol

Trending

Kenal Di Aplikasi Cari Jodoh, Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Dirogol

Terdapat satu kejadian dimana seorang kanak-kanak lelaki yang baru saja berusia 12 tahun telah dirogol seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi cari jodoh. Allahu..

BACA : Tak Berani Jerit Sebab Takut, Remaja Dirogol Ketika Tumpang Tidur Di Rumah Ibu Saudara

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada Khamis lepas di kawasan sebuah bengkel di Kemaman, Terengganu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.

IKLAN

Pada awalnya, mangsa pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bersama ibu untuk melawat ahli keluarga. Kemudian, dia yang hanya menunggu di lobi meminta lelaki yang baru dikenalinya itu membawanya pergi ke Kemaman.

Sebaik sampai di sebuah stesen minyak di Kemaman, mangsa dijemput suspek yang juga baharu dikenalinya sebelum lelaki terbabit membawanya bersiar-siar di sekitar kawasan berkenaan.

Suspek kemudiannya memberikan mangsa minuman yang menyebabkan dia mengantuk sebelum dibawa ke sebuah bengkel. 

Mangsa kemudian tertidur dan terjaga apabila suspek bertindak menanggalkan seluar lalu merogolnya.

Mangsa terus membuat laporan polis pada Jumaat lepas dan suspek yang berusia 28 tahun itu kini direman. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas