Connect with us

Oh! Media

Tak Berani Jerit Sebab Takut, Remaja Dirogol Ketika Tumpang Tidur Di Rumah Ibu Saudara

Trending

Tak Berani Jerit Sebab Takut, Remaja Dirogol Ketika Tumpang Tidur Di Rumah Ibu Saudara

Seorang buruh berusia 34 tahun ditahan polis dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol anak saudara sendiri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Askar Tergamak Rogol Anak Perempuan Sendiri Di Rumah

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, penahanan suspek dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 15 tahun.

Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik tidur sebelum meraba tubuh serta merogolnya dan dia cuba melawan namun tidak berdaya.

Selain itu, mangsa juga mendakwa dia tidak berani menjerit kerana ketakutan.

Siasatan awal mendapati mangsa sudah berhenti sekolah dan dijaga nenek sejak setahun lalu. Mangsa terpaksa menumpang tidur di rumah ibu saudaranya di Sungai Petani kerana nenek pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.

Suspek berbaju hitam (Foto: Harian Metro/ Izad Thaqif Hassan)

Siapa sangka, malam itu mangsa menjadi mangsa rogol suami kepada ibu saudaranya itu sendiri.

Ketika kejadian jam 12 tengah malam, mangsa dikatakan tidur dalam sebuah bilik bersama ibu saudaranya serta dua sepupu berusia lapan dan tujuh tahun.

Hasil pemeriksaan di hospital, ada kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluan mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas