Connect with us

Oh! Media

honda jazz

Trending

Keluarga Pemandu Honda Jazz Rupa-Rupanya Tak Tahu Kakak Keluar Kenyataan Keterlaluan

Kakak kepada pemandu Honda Jazz punca kemalangan di Senawang tampil memohon maaf di atas kenyataan yang keterlaluan.

BACA: Kakak Pemandu Honda Jazz Terlibat Kemalangan Maut Tampil Mohon Maaf

IKLAN

Rupa-rupanya keluarga sendiri tidak tahu Nur Athirah Najwa ada berbalas komen dan mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia.

Keluarga mohon maaf, tak tahu anak saudara keluar kenyataan

Oleh itu, wakil keluarga pelaku tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

kemalangan

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, wakil keluarga tersebut mengakui kesilapan di pihaknya dan mereka tidak berniat menegakkan benang yang basah.

Kami mengaku dan kami redha dengan segala apa yang akan berlaku selepas ini. Kami mohon sangat warganet maafkan ketelanjuran kata-kata daripada anak buah perempuan kami.

Dalam hantaran yang sama, keluarga pelaku turut berkongsi bahawa mereka sendiri cukup terkesan dengan apa yang berlaku dan memahami betapa tertekannya pihak keluarga arwah dalam menghadapi situasi ini.

“Kami berada di pihak yang salah”

maaf

Kami dari pihak keluarga sangat cukup terkesan dengan apa yang berlaku, kami juga faham dari pihak side arwah pun sekarang tertekan dan tak boleh terima dengan apa yang terjadi.

Dalam pada itu, mereka turut merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan wajah ahli keluarga mereka yang lain, terutamanya kanak-kanak yang masih kecil kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mental mereka.

honda jazz

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas